Tuesday, July 24, 2012

Hadith mengenai sahur

Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
----------------------------------------------------------------------
Sabda Nabi s.a.w:
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
----------------------------------------------------------------------
Nabi s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
----------------------------------------------------------------------
persoalan mengenai  bagaimanakah sahur yang sebenar ?
jawapannya :
sunnah melewatkan sahur .
huraiannya :
Rasulullah melewatkan sahurnya dalam suatu hadith iaitu
Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
---------------------------------------------------------------------
konklusinya ,
bersahurlah seperti yang diamalkan oleh rasulullah .
sesungguhnya puasa adalah pendekatan diri kepada Allah s.w.t ,
dalam menyempurnakan rukun islam ,
tingkatkanlah amalan , kerna dibulan ramadhan ini ,
keberkatan ada dimana-mana ,
terpulang pada diri kita bagaimana ingin memanfaatkan bulan yang mulia ini ,
dan berazamlah dalam mengejar lailatulqadar .
:)

Firman Allah SWT: "Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu, pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji." (Surah Al-Israa: 79)  

Monday, July 23, 2012

Renungan di awal Ramadhan


Ya Allah ,
sesungguhnya engkaulah tuhan sekalian alam ,
engkau Maha Berkuasa keatas makhlukmu ,
aku berlafaz -
sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah ,
Nabi Muhammad pesuruh-Nya ,
----------------------------------------------------------
diawal ramadhan kali ini ,
terlintas di akal ini ,
menyentuh kedalam hati .

saat aku merenung kebesaranmu ,
terbentang luas laut ciptaanmu ,
dihadapanku , 
ku terlihat sebuah batu ,
adakah engkau menciptakan batu tanpa fungsi ?
adakah batu itu sesuatu yang x berguna buat kami ?
adakah batu sekadar pepejal yang terdiam menanti hari ?

Subhanallah ,
apabila direnung , engkau Maha Mengetahui ,
engkau menciptakan batu untuk kami ,
hakikatnya batu bukanlah sekadar batu ,
kerna ianya dijadikan dengan pelbagai fungsi ,
yang membezakan adalah cara bagaimana kami menghargai ,
kerana semua yang ada ialah tanda kebesaran ilahi ,

Hebat sungguh ciptaanmu - ya Allah

Sunday, July 15, 2012

Thinking !@#$%&

semua manusia mempunyai otak , dan otak berfungsi untuk berfikir ,
setiap orang akan menggunakan otaknya untuk berfikir ,
tapi apakah yang difikirkannya ,
masing2 ada perkara yang perlu difikirkan ,


bagi aku , aku berfikir akan siapakah "dye" yang selalu membayangiku ?
siapakah insan yang akan berada disampingku kelak ?
insan yang akan menjadi pasanganku didunia dan diakhirat ?
perkara2 yang kita tidak tahu adalah rezki , jodoh , ajal .
tetapi Allah Maha Mengetahui daripada sekalian makhluk .
oleh itu Allah telah menetapkan segalanya yang terbaik untuk makhluknya .
kerana , Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana .
-----------------------------------------------------------------------------------
sekarang kita perlulah melaksanakan tanggungjawab kita ,
tanggungjawab sebagai hamba-Nya ,
kita haruslah berusaha , barulah kejayaan akan tiba ,
berusaha , tawakal dan doa ,
jadi , jika kita inginkan
rezki yang sentiasa ada , 
jodoh yang kekal selamanya ,
mati didalam redha-Nya ,
hendaklah kita berfikir apakah apa yang kita lakukan sekarang mampu memperolehi segala yang kita inginkan ?
adakah cukup segala amalan untuk kita berjaya didunia dan diakhirat ?
oleh itu , marilah kita sama2 berfikir .


aku berharap akan dijaga segalanya ,
dikekalkan selama-lamanya ,
jika "dye" adalah jodohku , 
kekalkanlah , peliharalah ,
kerna aku yakin ,
Allah bersama kita .
:)