Tuesday, July 24, 2012

Hadith mengenai sahur

Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
----------------------------------------------------------------------
Sabda Nabi s.a.w:
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
----------------------------------------------------------------------
Nabi s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
----------------------------------------------------------------------
persoalan mengenai  bagaimanakah sahur yang sebenar ?
jawapannya :
sunnah melewatkan sahur .
huraiannya :
Rasulullah melewatkan sahurnya dalam suatu hadith iaitu
Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
---------------------------------------------------------------------
konklusinya ,
bersahurlah seperti yang diamalkan oleh rasulullah .
sesungguhnya puasa adalah pendekatan diri kepada Allah s.w.t ,
dalam menyempurnakan rukun islam ,
tingkatkanlah amalan , kerna dibulan ramadhan ini ,
keberkatan ada dimana-mana ,
terpulang pada diri kita bagaimana ingin memanfaatkan bulan yang mulia ini ,
dan berazamlah dalam mengejar lailatulqadar .
:)

Firman Allah SWT: "Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu, pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji." (Surah Al-Israa: 79)  

No comments:

Post a Comment