Sunday, April 29, 2012

Pandangan terhadap BERSIH

salam . entry ini tidak menyebelahi mana2 parti politik , just share pe pandangan saya sebagai rakyat MALAYSIA yang beragama ISLAM . perhimpunan ini telah dianjurkan dan yang terbaru adalah BERSIH 3.0 , ianya mempunya kebaikan dan keburukan tersendiri . tapi saya masih musykil kenapa harus diadakan perhimpunan sebegini , dan mengapa huru-hara berlaku walhal ini aman pada dasarnya?  adakah sudah tiada cara yang lebih baik daripada ini ?


Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

# copy n paste

saya bersetuju dengan nota ini , seperti yang saya katakan pada mulanya , saya tidak menyebelahi mana-mana politik tapi yang saya rasa permainan politik pada masa ini sangat kotor . saya sudah membaca buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh yang dikarang oleh Abdul Latif Talib , buku itu menyatakan bahawa sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:


Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.


konklusinya,jika negara kita ingin kuat daripada pelbagai segi , hendaklah memiliki sebaik2 raja dan sebaik2 tentera, dan kita hendaklah menjadi sebaik2 rakyat jika mengidamkan raja dan tentera serta negara yang baik . bagaimana ingin menjadi seperti itu ? fikir2kanlah ... just pandangan je ... kalau ada salah mohon maaf ... chill :)

Thursday, April 19, 2012

mereka gembira . kita menangis . dia tersenyum .


mereka bergembira ...
bergembira dengan kepuasannya .
mereka bergembira diatas dendamnya . 
mereka tertawa bersama nafsunya .
mereka lupa akan pencipta .

kerana mereka rasa mereka berkuasa .
dengan senjata yang sedia ada . 
mereka menembak kearah musuhnya .
mereka membunuh manusia yang tidak berdosa .

kita menangis ...
kerana terkenang saudara seagama .
yang telah dibunuh oleh manusia durjana .
merintih air mata tidak terkata .
kerana kita tidak berdaya .
hanya mampu melihat dan menanti mayat seterusnya .

dia tersenyum . siapakah dia ?
para syuhada yang berjuang atas nama agama .
berjuang mempertahankan bangsanya .
bermandikan darah kerna negaranya .

mereka mati dalam senyumannya .
syahid melihat syurga yang dijanjikan-Nya .
walaupun peluru menembus jiwa .
jasad diselaputi bisa .
tapi mereka tetap mara kerana-Nya .

Allahuakhbar !!!

puisi nukilan seorang hamba-Nya . bukan di copy dari mana-mana media cetak  dan media massa . tapi khas daripada apa yang tersirat didalam jiwa . dalam mengejar redha-Nya . sebagai seorang hamba .

Wednesday, April 18, 2012

my pren from sabahan (sumandak)

hello.
skrg nk story skit sal kawan aku ni.
dah lame kenal dye smenjak msuk maktab nie.
she is nice.baik.then paling like bebeno bila dye ckp sabah . haha
ske beb berbual dgn dye nie .

but ...

dye bukan dilahirkan sbgai seorang muslimah .
tapi dia ada keluarga muslim .
dye nie open-minded dalam bertukar pendapat sal agama .
some1 yg x pernah kedekut n mudah diajak berbincang .

lastly ...

aku selalu berdoa agar dia dapat tergolong dikalanganku .
berpegang pada Al-quran dan As-sunnah .
n yg pastinya menyembah Allah dan mengakui Nabi Muhammad s.a.w pesuruhnya .
same2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya ....
semoga memperoleh saudari baru ....

name dye ialah ... Nelly ... 


semoga dye mendapat hidayah dari-Nya .
dialah sumandak ku ... hehehe
just kidding ... best pren from sabah ...

Sunday, April 15, 2012

Something to you ...

especially for Sakinah Talib ...

i have something to you ,
maybe u must to know what is that ,


ish3 ...

ni bukan hadiah la , 
apela dye nie ,
saya takde duit nak bagi awak hadiah ,
lagipun bukannya hari special awak ,
tapi ...
kalau dah kahwin , tiap2 hari adalah hari special kita ,
hehehehehe
insya'Allah dimudahkan sampai ke tahap yang sewajarnya ,

tapi sesuatu yang saya nk bg awak ...

ialah

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


inilah dye , even saya just copy n edit smula .
hope awak suke pic nie .
walau hakikatnya awak x tinggi cam dlm gambar . 
(haha versi ketawa jahat)
but u must to know ,,,
hadiah x smestinya bernilai pada harga ,
tapi ianyanya bernilai pada maknanya ...

Wednesday, April 11, 2012

Terima Kasih

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menulis entry kali ini. Opssss !!! ni bukan refleksi or penghargaan tok asigment k. btw , Alhamdulillah , asigment sudah setle , skrg menghitung hari untuk EXam je .


          sekarang,aku nk nyatakan terima kasih dalam entry nie tok Sakinah Talib coz sudi bersama n membimbing aku sepanjang 2tahun perkenalan. even dh sekolah sama2 dr Smakj ke Maahad Johor , aku taw dye dh byk bimbing aku n beri tunjuk ajar yg sepatutnya. thankz yup !




          thankz again kepada beliau coz sudi dtg melawat abah ketika dihospital Kota tinggi bersama family nye. rasanya kurang manis apabila family dye n family aku berjumpa untuk kali pertama dalam keadaan hening n dikala kami ditimpa musibah. tp aku hargai sgt2 kedatangan diorg n hope family dye dapat terima keluarga aku yg agak kontra dengan family dye.


#doakan bapak aku yg terkena penyakit strok separuh badan agar cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. sesungguhnya dye adalah seorang ayah yg melayani aku seperti kawan dan sudi mendengar n berbincang akan segala permasalahan aku. u r the best Father for me! (sampai tersasul panggil akak ipar ak dgn nme "Sakinah" . nama akak Ieda la abah , sakinah dh dtg semalam, skrg dye dh blik KL . hehe)


mungkin aku bukanlah yang sempurna
bukanlah sebaik dari rupa dan harta benda
bukanlah bersifatkan ketua impiannya
tapi 
aku berharap agar setia bersama
sehingga sampai ke penghujungnya
dan yang pasti diredhai oleh-Nya


jika engkau adalah Hawa untukku,berdoalah agar aku menjadi Adam untukmu
aku yakin bahawa Allah Maha Pengasih lagi Maha adil
semoga tarikh 12/4/2010 kekal sehingga akhirnya
Amin~

Tuesday, April 3, 2012

mari menilai diri sendiri

don't judge a book by it's cover , but , judge it then make it's better 
kalau hendak menilai , jgn dari luaran je , tapi nilailah hingga kedalam
kadang-kadang luaran mampu menipu mata ! (^_^)


mari menilai diri sendiri sebelum kita menilai orang lain.

lihat diri kita , dh sempurna lom ?
fizikal ok?rohani ok?

Allah maha adil,menciptakan setiap makhluknya mempunyai kelebihan dan kekurangan yg tersendiri.
kita patut bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.
bukan hanya mampu mempertikaikan kekurangan.
tapi,hargailah kelebihan yang ada...manfaatkanlah...

dipandang dari sudut rohani pula...
adakah kita seperti Sultan Muhammad Al-Fateh?iaitu penakluk kota konstantinopel.
yang berjaya memimpin tenteranya.
merupakan seorang yang menjaga solatnya.
yang menjaga solat witir dan solat tahajjudnya sejak kecil?

mungkin ada sebilangan kita yang mampu melakukannya secara istiqomah.
tapi ingatlah ! kita hanya insan biasa.
bukanlah makhluk yang lari dari segala masalah dan keburukan.

konklusinya ,,, nilai lah diri sendiri dan bersyukurlah dengan apa yang telah dikuniakan oleh-Nya.
tapi usah takut dalam menilai orang lain...
kerana,,,apabila kita menilai orang,,,kita akan dapat melihat diri kita...
penilaian terhadap orang lain merupakan cermin untuk kita...
untuk kita tahu siapa kita.
sesungguhnya kita tahu bahawa kita ini adalah insan yang dijadikan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri...

Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana