Sunday, June 17, 2012

cerpen - Cubaan yang Gagal


ya Allah ,
adakah ini dugaan yang ingin kau berikan ?
mungkinkah ini 1 pembalasan diatas segala kealpaanku ?
maafkan ku ya Allah .
sesungguhnya aku adalah hambamu yang sentiasa leka ,
yang mudah tergugat didunia nyata ,
dunia yang hanya sentiasa menipu manusia ,
dunia yang sering buat manusia leka ,
dunia yang buat manusia lupa akan tanggungjawab sebagai hamba .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku sudah mula membuat perancangan bersamanya coz aku x mahu orang sering mengata dan kami semakin lupa dan khayal dalam dunia kami sendiri . aku berbincang dengan family ku untuk menyatakan niat berkahwin diusia muda . family aku menyambut dengan hati yang terbuka n alangkah gembiranya hati ini apabila diberi kepercayaan untuk membina keluarga walaupun aku dalam perjalanan mengejar karier .

tetapi ,

family nya tidak bersetuju untuk menerima risikan itu . mungkin masih belum cukup kepercayaan mereka kepada ku untuk menyara anaknya , membina keluarga dan menjadi ketua . aku paham dan terima dengan hati yang terbuka , mungkin jodoh x memihak kepada kami berdua disaat ini . jadi aku perlu terangkan semuanya kepada keluargaku bahawa family si dia susah melepaskan anak sulungnya kepadaku . tetapi bagaimana ? setelah aku bersusah payah meyakinkan mereka untuk bernikah dengan si dia diusia muda tetapi sekarang aku perlu terangkan bahawa semuanya tidak diterima pada masa ini . bagaimana pula dengan perasaan mereka setelah mereka memikirkan dan merancang persediaan semuanya ?

sekarang ,

aku terpaksa terangkan dan berbincang semula dengan family aku untuk membatalkan segalanya , tapi bukan mudah bagi mereka untuk menerima . aku perlu memaksa diri sendiri untuk menceritakn perkara sbenar kpda fmlyku daripada memaksa family dia untuk menerima risikanku . dan adakah familyku akan menerima niatku untuk membatalkan rombongan dengan hati yang terbuka ataupun terluka ?

akhirnya ,

aku pasrah n berserah padamu tuhan andai jodoh bukan milik kami . dan aku yakin bahawa jika kami tiada jodoh untuk bersama , engkau telah menyediakan jodoh yang lebih baik daripada ini . sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmahnya .

bagi aku , inilah padahnya merancang terlalu awal . tapi kdg2 perancangan awal ini ada baiknya . tetapi rancanglah berdasarkan situasi yang sesuai . hakikatnya , x semua apa yang kita rancang akan jadi keseluruhannya , mungkin akan ada cacat celanya dan mungkin tidak akan jadi jika tidak diizinkan oleh-Nya .

Nukilan cerpen daripada Hafiz

" cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia , jika ada persamaan , mungkin ini adalah kebetulan dan tidak disengajakan "

No comments:

Post a Comment