Sunday, March 25, 2012

Mengadulah pada Allah,bukan Facebook !



facebook
tempat luahan perasaan
tempat perkongsian kehidupan
tempat pencarian bakal teman dan imam

facebook
kenapa diluahkan perasaan cinta kepada insan? kenapa tidak diluahkan pada Allah?
contoh : status : ouch ! i love u so much my chubby sweety lovely .
apa salahnya kalau luahkan pada Allah.
" ya Allah, pencipta segalanya,kau berkatilah jodoh ini,kau kawallah diri ini,jauhiku dr segala maksiat yang mampu membuatku leka kepadamu, jika dia adalah jodoh yang ditetapkan kepadamu,kau akhiri hubungan ini dengan ikatan yang sah bergelar suami dan isteri".

facebook
kenapa diluahkan perasaan tidak senang dengan keadaan sekeliling?kenapa tidak diluahkan pada Allah?
contoh : status : lapo giler . memeleh air liur tengok pic ais krim nie . tp sape la nk bg erk ? erm
apa salahnya kalau diluahkan pada Allah.
"ya Allah,kau berkatilah kehidupanku,kau murahkan rezekiku,aku yakin bahawa rezekimu ada dimana-mana hanya rezeki itu untuk aku atau untuk makhlukmu yang lain, aku redha kerna aku hanya hambamu yang lemah"

facebook
kenapa diluahkan perasaan ketidakpuashatian? kenapa tidak diluahkan pada Allah?
contoh : status : damn ! aku benci assigment ! aptb !
apa salahnya diluahkan kepada Allah.
"ya Allah,sesungguhnya aku ini hanyalah hambamu yang melaksanakan tanggungjawab bergelar muslim. kau permudahkanlah setiap langkahku,kau berkatilah,aku berharap agar dipermudahkan dalam segala perbuatanku,kerna,apa yang aku lakukan adalah niat kerna-mu"

# inilah fenomena yang berlaku masa kini,kita sucikanlah hati ini,kita bukanlah insan yang sempurna,tetapi kita cuba melakukan yang terbaik. jika kita hiasi status kita dengan perkara yang baik,even kita ini bukanlah insan yang baik seperti yang tertera di wall facebook. tetapi ,insya'Allah,setiap jalan dakwah kita akan diberkati oleh-Nya dan berdoa agar perkara yang disampaikan itu untuk diri kita dan yang lain serta dapat mengubah diri kita sendiri sebagai insan sebaik yang digambarkan di facebook kita.

(^_^) enjoy it !

Thursday, March 22, 2012

tips nikah awal


ada duit ? 
agak-agak boleh lepas untuk mahar x?

ok.
solat istiharoh dahulu. jganlah gelojoh sgt.
nafsu tu kawal ckit
dah ad petanda lom?
ok,,dah dpt petunjuk...

jumpa family,ckp nk kahwin dgn ***** .
diorg setuju?
ALHAMDULILLAH
bagus. go on~

tp klw x setuju?
nk wat camne kn, lom smpai seru lg
sabarlah dgn puasa.
doa banyak2 agar d'percepatkn jodohnya

inilah tips nikah awal.

mudahkan?
apa lagi.kahwin jela.

#jauhi dadah dan arak kerna ianya dapat merosakkan akal,jiwa dan terutamanya iman.
kerna klw minum arak n dadah,x boleh kahwin
ok. 

insya'Allah,,agar dimanfaatkan ilmu ini dan disampaikan kepada orang lain.
sama-sama berdoa agar dihindari dr segala kemungkaran
diperdekatkan dengan kebaikan

sesungguhnya seseorang yg melarikn diri drpda maksiat
dia adalah seorang yg sabar dan kuat !

Wednesday, March 21, 2012

matlamat

 sesungguhnya , takkan melayu hilang didunia.

pencarian erti dan matlamat kehidupan aku dilaksanakan sepanjang kehilangan aku .

susah untuk menjadi manusia yang disenangi , tapi mudah untuk dibenci 

lupakanlah kerna masing-masing ada khilafnya sendiri .

kepuasan sebagai pendakwah belum dapat kucapai


aku belajar dari perjalanan aku  

kepentingan masa dan semangat satu pasukan


perjalanan aku diteruskan 

didorong oleh rakan seperjuangan


pelbagai suasana dan aktiviti aku laksanakan 

menimba pengalaman berdasarkan sekolah

hidup hanya bermakna kepada siapa yang ad matlamat

matlamat aku adalah ...


menjadi seorang guru

disayangi

dihormati

dihargai

oleh setiap insan yang kudidik.

Friday, February 10, 2012

debaran nasyid bermula...doakan kami

ya Allah ,,, permudahkanlah perjalanan kami . sesungguhnya , apa yg telah kami usahakan agar dapat kepuasan dan dakwah kami diterima umum . kau gagahkanlah kami agar tidak sedikit gentar akan segalanya . kau lembutkan hati juri agar dapat menerima segala yg kami persembahkan . jika kejayaan pada hari esok kami perolehi , ianya untuk semuanya kerna kami ikhlas dalam berdakwah pada jalanmu . Allahuakhbar !!!

venue       : plaza angsana
kumpulan : urwatul wusqo
lagu         : mencari pencipta






insya'Allah , kami yakin dalam dakwah mu ya Allah ~

Wednesday, February 8, 2012

karya hafiz.photofever |- historical malacca ~

salam n hye 4 everyone . alhamdulillah , selesai akhirnya program pada cuti yg terbaru ini . aku bersama dgn kawan yg amat special n terdekat ngn aku , credit 4 sakinah@kiena kerna menolong aku spanjang aku menyelesaikn beberapa snap shooting as beginner photographer . maybe not bad 4 me coz it's my work , but i want u all 2 c n judge the pic . hehe . broken english again . c that n please leave your comment .

venue : historical malacca
date   : 5th february 2012












credit 4 sakinah talib , then , 4 all my frenz . trimas yg teramat . x dilupakn kpada para kaki lensa , yg menolong dan memberi tunjuk ajar semasa disana , jasa dan ilmu mu akan tetap ku manfaatkan . harap dapat respon yg positif dr smua kerna saya budak baru belajar .

 ilmu bukan hanya dibuku , tetapi dimana2 termasuklah dihujung lensa ku ~

Sunday, January 29, 2012

sesuatu yg berlaku x seindah yg dirancang

salam . entry kali ni aku nk share tntg pgalaman aku sndri . kdg2 terlintas di akal ni berfikir , kehidupan ini pasti diakhiri dgn kematian . setiap perkara yg berlaku pasti ada tamatnya . setiap manusia ada rancangan tersendiri dan cuba untuk lakukan yg terbaik bg menjayaknnya .

semuanya x semudah yg dirancang . segala perkara yg kita lakukan xkn 100% perfect match ! berfikir hanya asas dlm satu perkara yg ingin kita lakukan , jika tiada daya , maka xkn jadilah perkara yg kita fikirkan . aku teringin melakukan sesuatu perkara tapi semuanya akan berjaya tp hanya dpt memuaskan diri aku sndri tp bukan untuk yg lain .

skrg nie smuanya merancang untuk membeli kereta , rumah , kahwin dan sebagainya . tp jika tiada usaha , ianya hanya sekadar kita ingin meminum air kelapa tp hanya melihat tanpa cuba untuk memetiknya . licik sungguh akal kita berfikir dan berimaginasi .

aku dihimpit dgn pelbagai situasi . aku lakukn sesuatu hanya untuk menyenangkan diri aku , tp bukan orang lain dan aku rase bukan aku insan tunggal yg lakukannya , tetapi mgkin ada sebilangan minoriti yg merancang sesuatu tp dlm melaksanakannya , lemah !

mgkin susah untuk memahami entry kali ini , tapi jika sesiapa yg membacanya , tafsirlah entry kali ini dgn sebetulnya . sesungguhnya apa yg ingin aku katakan adalah ,,, melakukannya sesuatu x semudah kita berkata2 ! ...

Friday, January 20, 2012

cinta(couple) halal atau haram ?

Cinta tidak kejam tetapi insan yg bercinta tanpa akal yg membuatkan percintaan itu mnjadi racun dalam iman. Masya'Allah !

cinta bermaksud menyayangi seseorang insan dgn penuh kasih dan sayang lebih dr yg lain . tp cinta itu bukan hanya cinta insan kepada insan tetapi cinta insan kepada Allah , cinta insan kepada setiap makhluk ciptaan-Nya . terbitnya rasa cinta itu asli lahir tanpa sebarang keraguan pada perasaan setiap insan.

kadangkala kita salah mentafsir cinta , kerna ragu tanpa keyakinan serta jauh dr landasan yg telah ditetapkn syariah . cinta yg ingin disentuh adalah cinta diantara seorang lelaki kpada seorang wanita . diantara perkara yg kita tidak akan tahu sbgai makhluk yg sedang menjalankan tugas sbgai hamba Allah didunia ini adalah rezki , ajal , jodoh ! Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui kerna telah menetapkan apa yg dikehendaki oleh setiap makhluknya . 


"Maha suci Allah yg menciptakan semuanya berpasangan daripada yg ditumbuhkan dibumi dan diri mereka , juga daripada apa yg mereka tidak ketahui" (surah yassin, ayat 36)


siapakah yg mengharamkan hubungan istimewa (couple) diantara lelaki dan wanita ?


sebnarnya hubungan itu mnjadi haram dikala jauh dr Al-quran dan Hadis . jika kita yakin bahawa wanita tersebut adalah pilihan drpada keseluruhan kaum hawa yg masih bernafas di dunia ini , istiharohlah ! kerna Allah akan memberi petunjuk dr pelbagai cara bagi menambahkan keyakinan kita .insya'Allah , jika kita yakin dgn setiap perkara yg kita lakukan dan demi jalan Allah , Pasti ! Allah akan mempermudahkannya .


tatkala kita menginginkan maksiat mnjadi ibadah , dosa mnjadi pahala , keji mnjadi suci ,duri mnjadi bunga , musibah mnjadi muhibbah . pilihlah hubungan yg diredhai oleh-Nya . tiada salah dalam berhubungan diantara adam dan hawa , tetapi hndaklah mnjaga setiap batasnya , tiada salah jika ingin berjumpa , pastikan yg ketiga itu bukanlah syaitan laknatullah , tiada salah ingin memegang seluruh tubuhnya tapi pastikan dengan akad nikah yg sah !


oleh itu , kepada semua golongan muda yg masih berkecimpung dalam berhubungan diantara lelaki dan wanita , sedarlah dan jgn leka , jagalah hubungan kamu itu seperti kamu mnjaga hubungan kamu dgn Allah kerna jika kamu tahu akan apa yg diajarkan dalam agama , kamu akan tahu batasnya . jika kamu sudah tidak sabar ingin mnjadikan ianya halal bg mu , nikahlah sekiranya mampu ! tetapi jika kamu tidak mampu , berpuasalah , kerna berpuasa itu adalah cara untuk mngawal nafsu dan menjauhi maksiat . 


jangan takut melakukan sesuatu jika berlandaskan dgn Al-quran dan sunnah , serta jgn lah takut dgn nikah kerna nikah itu adalah salah satu ibadah dan sunnah rasulullah . jika kamu yakin dgn semua perkara yg kamu lakukan , Allah akan bersama kita ! insya'Allah .


apa yg buruk tinggalkanlah dgn cara baik dlm peneguran , tp yg baiknya , terima lah dan anggaplah ini adalah cara saya berdakwah seiring dgn zaman kemajuan dunia tp smakin miskin akan agamanya . artikel ini ditulis setelah membaca buku berjudul "Apabila Hati Rindu Menikah" karangan Mas Udik Abdullah . insya'Allah , dakwah untuk diri saya sndiri dan  untuk semua manusia di dunia ini .


credit by :-

Ustaz Mohamad Hafizuddin Bin Hassan
ijazah sarjana muda pendidikan islam 2015
Amin ~