mereka bergembira ...
bergembira dengan kepuasannya .
mereka bergembira diatas dendamnya .
mereka tertawa bersama nafsunya .
mereka lupa akan pencipta .
kerana mereka rasa mereka berkuasa .
dengan senjata yang sedia ada .
mereka menembak kearah musuhnya .
mereka membunuh manusia yang tidak berdosa .
kita menangis ...
kerana terkenang saudara seagama .
yang telah dibunuh oleh manusia durjana .
merintih air mata tidak terkata .
kerana kita tidak berdaya .
hanya mampu melihat dan menanti mayat seterusnya .
dia tersenyum . siapakah dia ?
para syuhada yang berjuang atas nama agama .
berjuang mempertahankan bangsanya .
bermandikan darah kerna negaranya .
mereka mati dalam senyumannya .
syahid melihat syurga yang dijanjikan-Nya .
walaupun peluru menembus jiwa .
jasad diselaputi bisa .
tapi mereka tetap mara kerana-Nya .
Allahuakhbar !!!
puisi nukilan seorang hamba-Nya . bukan di copy dari mana-mana media cetak dan media massa . tapi khas daripada apa yang tersirat didalam jiwa . dalam mengejar redha-Nya . sebagai seorang hamba .
No comments:
Post a Comment