Wednesday, November 16, 2011

seni dari perspektif islam

Definisi seni

Seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran. Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak, muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesuatu ciptaan.



Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia.

Hukum Seni 

Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.

Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.

Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya

Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.

Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :
  • Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.
  • Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah).
  • Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain.
  • Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau. 
  • Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain.
  • Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah  ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.
  • Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).
  • Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.




No comments:

Post a Comment